8 Mac 2019 - 16:06
Ayatullah Khamenei Lantik Ketua Kehakiman Baharu

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah melantik seorang pegawai kehakiman veteran, Hojjatoleslam Ebrahim Raeisi, sebagai ketua baru ketua kehakiman baru negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah melantik seorang pegawai kehakiman veteran, Hojjatoleslam Ebrahim Raeisi, sebagai ketua baru ketua kehakiman baru negara itu.

Ayatollah Khamenei membuat pelantikan tersebut pada hari Khamis lepas melalui sepucuk surat rasmi yang mana beliau menamakan Raeisi untuk menggantikan Ayatollah Sadeq Amoli Larijani, yang sudahpun berkhidmat selama sembilan tahun.

Dalam keputusannya, Ayatollah Khamenei merujuk kepada pengetahuan, pengalaman, dan kecekapan yang ditunjukkan oleh Raeisi di dalam pelbagai situasi sulit dan perkhidmatan yang panjang di dalam Kehakiman sebagai faktor yang mendorong keputusannya. -Press TV