Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa calon pilihanraya Presiden Amerika Syarikat daripada parti Demokrat telah memutuskan untuk tidak menyertai persidangan tahunan kumpulan lobi pro-Israel, AIPAC sekaligus menunjukkan perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ahli politik negara tersebut berhubung Israel.
Bernie Sanders, Beto O'Rourke, Kamala Harris dan Elizabeth Warren yang merupakan sebahagian daripada calon-calon Parti Demokrat di dalam pilihanraya presiden 2020, berkata mereka tidak akan menghadiri persidangan yang bermula di Washington pada hari Ahad.
Calon-calon lain dari parti yang sama serta mereka yang dijangka akan menyertai pemilihan tersebut termasuk bekas Naib Presiden, Joe Biden pula masih disahkan akan menyertai persidangan itu.
Kumpulan progresif MoveOn sebelum ini telah menggesa para calon presiden untuk tidak menyertai persidangan AIPAC. -Press TV
25 Mac 2019 - 17:59
News ID: 934529
Beberapa calon pilihanraya Presiden Amerika Syarikat daripada parti Demokrat telah memutuskan untuk tidak menyertai persidangan tahunan kumpulan lobi pro-Israel, AIPAC sekaligus menunjukkan perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ahli politik negara tersebut berhubung Israel.