28 Mac 2019 - 18:19
Syria Temui Senjata A.S Di Bekas Sarang Pengganas

Pihak berkuasa Syria telah menemui senjata dan amunisi, termasuk peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Amerika, ketika memeriksa bekas tempat persembunyian pengganas di selatan negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Syria telah menemui senjata dan amunisi, termasuk peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Amerika, ketika memeriksa bekas tempat persembunyian pengganas di selatan negara Arab itu.

Agensi berita Arab Syria (SANA) berkata penemuan itu dibuat pada hari Khamis.

Senjata itu termasuk senjata anti-kereta kebal, TOW, lapor SANA berkata tanpa memberikan maklumat rinci berhubung lokasi penemuan tersebut.

Ini bukan kali pertama pihak tentera negara tersebut berjaya merampas senjata yang dibekalkan oleh negara asing daripada pihak militan dan pengganas.

Pada awal Januari lepas, pasukan kerajaan menemui senjata dan amunisi buatan Israel serta A.S di kawasan yang menempatkan pengganas daripada kumpulan Takfiri di wilayah barat daya negara itu, Dara'a.