1 April 2019 - 17:15
Parti Erdogan Kalah Teruk Dalam Pilihanraya Tempatan Turki

Parti pemerintah Turki yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan telah mengalami kekalahan teruk di dalam pilihan raya tempatan di seluruh negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parti pemerintah Turki yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan telah mengalami kekalahan teruk di dalam pilihan raya tempatan di seluruh negara tersebut.

Menurut pemerhati, perkara itu menunjukkan bahawa dominasi parti tersebut di Turki mula memudar akibat daripada peningkatan kadar pengangguran dan krisis mata wang yang melanda negara itu pada tahun lalu.

Warga Turki pada hari Ahad mengundi untuk memilih datuk bandar, anggota dewan bandar raya, dan para pegawai tempatan. Pilihanraya itu disifatkan sebagai titik "kelangsungan hayat" bagi negara dan Parti Keadilan dan Pembangunannya (AKP) yang telah memerintah Turki selama lebih daripada 16 tahun.

Kiraan undi awal yang dilaporkan oleh media Turki menunjukkan bahawa AKP telah kehilangan kerusi datuk bandar di ibukota Ankara kepada pembangkang Partai Rakyat Republik (CHP) buat kali pertama sejak 25 tahun yang lalu. -Press TV