13 April 2019 - 15:06
Sistem Pertahanan Udara Syria Pintas Peluru Berpandu Zionis

Damsyik berkata bahawa sistem pertahanan udaranya telah memintas beberapa peluru berpandu Israel yang disasarkan ke atas pangkalan tentera Syria yang terletak berhampiran dengan bandar Hama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Damsyik berkata bahawa sistem pertahanan udaranya telah memintas beberapa peluru berpandu Israel yang disasarkan ke atas pangkalan tentera Syria yang terletak berhampiran dengan bandar Hama.

Menuut mereka, di sebalik kejayaan tersebut, beberapa peluru berpandu yang lain telah mengenai sasaran sekaligus memusnahkan beberapa bangunan dan mencederakan tiga orang anggota tentera Syria.

Media negara Syria pula melaporkan bahawa pesawat tentera rejim Israel telah melancarkan serangan berhampiran bandar Masyaf di wilayah Hama tengah pada awal pagi Sabtu.

Letupan juga boleh didengari di seluruh kawasan yang terletak di sekitar ibu kota.

Agensi berita rasmi Syria, SANA berkata serangan Israel, yang dilancarkan dari ruang udara Lubnan, memusnahkan beberapa bangunan dan mencederakan tiga orang. -Press TV