29 April 2019 - 15:32
Iran Tidak Akan Lagi Endahkan EU Berhubung A.S: Larijani

Pengerusi Parlimen Republik Islam Iran, Ali Larijani berkata bahawa negara itu tidak lagi memandang serius tuntutan negara-negara Eropah kerana mereka sama sekali telah membiarkan Tehran dalam memerangi polisi bermusuhan Amerika Syarikat (A.S) sambil menyatakan bahawa Republik Islam itu akan "berhadapan" secara langsung dengan Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengerusi Parlimen Republik Islam Iran, Ali Larijani berkata bahawa negara itu tidak lagi memandang serius tuntutan negara-negara Eropah kerana mereka sama sekali telah membiarkan Tehran dalam memerangi polisi bermusuhan Amerika Syarikat (A.S) sambil menyatakan bahawa Republik Islam itu akan "berhadapan" secara langsung dengan Washington.

"Kami cuba memahami sebab mengapa para pemimpin Eropah dan Kesatuan Eropah (itu sendiri) hanya menyokong kami dalam retorik atau hanya [dengan menggunakan perkataan] untuk menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan Amerika Syarikat," kata Larijani semasa sesi pertemuan dengan Wolfgang Gerstl, ketua persahabatan parlimen Austria-Iran kumpulan di Tehran pada awal hari Isnin.

"Pasti anda akan berkata bahawa terdapat masalah yang timbul akibat daripada tekanan A.S dan alasan itu mungkin memiliki nilai logik (yang benar). Akan tetapi, kami melihat isu ini dari sudut pandangan kami sendiri dan perkara yang paling penting bagi kami adalah bahawa pendekatan ini telah menimbulkan persoalan di pihak kami berhubung kredibiliti EU sendiri; iaitu EU tidak memiliki kemampuan untuk menyelesaikan isu berkaitan," tegasnya.

Larijani berkata bahawa Brussels masih belum menunaikan janji mereka terhadap Tehran untuk menyelamatkan perjanjian nuklear tahun 2015 berikutan keputusan Presiden A.S Donald Trump untuk meninggalkannya pada tahun lepas.

"Kesatuan Eropah telah mengambil langkah berkaitan. Akan tetapi, kami masih belum melihat sebarang natijah (daripada langkah-langkah tersebut)," kata Larijani.

Berikutan pengumuman Trump pada Mei 2018, Washington telah sekali lagi bertindak memperkenalkan semula sekatan yang telah ditamatkan di bawah perjanjian nuklear (JCPOA).

Beliau juga telah memperkenalkan sekatan baru yang menyasarkan industri minyak Iran dan industri lain sambil memberi amaran kepada Eropah berhubung hubungan dagang mereka dengan Tehran. -Press TV