Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lapan Syawal adalah hari ulang tahun tragedi di mana bangunan yang menempatkan kuburan para Imam Suci (a.s) di Baqi' -yang terletak di kota suci Madinah- dimusnahkan oleh gerakan Wahhabisme.
Peristiwa itu dilihat sebagai salah satu daripada jenayah kebudayaan terbesar pada abad ke-20 yang dilakukan dengan tujuan untuk menghilangkan citra Ahlul Bait (a.s) di kalangan umat Islam. Citra yang mampu menghidupkan kembali gaya hidup seorang Muslim di sepanjang zaman. Dalam erti kata lain, mereka adalah penjelmaan budaya suci Islam di dalam masyarakat sekaligus mampu menjadi panutan umat.
Gerakan Wahhabi dengan berlatar belakangkan doktrin anti-tawassul memusnahkan bangunan tersebut dan menisbatkan kesyirikan kepada mereka yang melakukan ziarah ke perkuburan tersebut. Kesemua upaya ini dilihat sebagai usaha mencuci tangan daripada niat asli mereka iaitu pembunuhan citra para Imam suci.
Tragedi tersebut dikenali di dalam kesusasteraan Arab sebagai Hari Hadam dan diperingati oleh umat Islam khususnya pengikut mazhab Imamiyah di seluruh dunia.

Yaumul Hadam
Para pengikut ajaran Wahhabi dan para penyokong Abdul Aziz Bin Saud pada Syawal 1343 (Mei, 1925) -iaitu selepas kejayaan mereka menjatuhkan pemerintahan Syurafa-ye Hakim di Hijaz dan menakluki Mekah- memulakan kepungan mereka ke atas bandar Madinah. Selepas kepungan tersebut, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan para petugas keselamatan yang masih setia kepada pemerintah Uthmaniyyah. Dengan itu bermulalah pemerintahan mereka ke atas bandar suci umat Islam tersebut.
Mereka selepas berjaya menghalau petugas keselamatan di bandar tersebut, memulakan langkah drastik untuk meratakan kuburan para Imam di Baqi' dan kuburan para isteri Nabi s.a.a.w.
Di antara kubur yang diratakan -selain daripada binaan yang melindungi pemakaman tersebut- ialah kuburanya Imam Hassan al-Mujtaba, Imam Sajjad, Imam Mohammad Baqir Imam Ja'far Sadiq a.s.
Kuburan lain yang turut diratakan ialah kubur bapa saudara Nabi s.a.a.w, anak lelaki dan para isteri baginda. Tragedi tersebut turut melihat kubur Fatimah Bint Asad, ibu kepada Amir al-Mu'minin Ali a.s, kubur Um al-Benin, ibu Hazrat Abu al-Fadhl al-Abbas a.s dan kubur Ismail yang merupakan anak kepada Imam Sadiq a.s.
Menurut laporan sejarah, pemerintah Wahhabi turut berhasrat untuk meratakan kuburan Nabi s.a.a.w. Akan tetapi, niat jahat mereka itu disebabkan beberapa faktor tertentu tidak dapat dijelmakan di dunia nyata.
