Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Haji Mohd Kamil Zuhairi yang turut serta di dalam Kongres Maruah Melayu 2019 membantah sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang sebelum itu berkata bahawa " ...fahaman merosakkan .." di dalam kongres yang sama.
Beliau membuat bantahan itu di dalam laman sosialnya, Facebook di dalam entri betarikh 6 Oktober lepas. Di dalam tulisannya, beliau turut menggesa ahli parlimen tersebut supaya memohon maaf kepada "200 ribu masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan lebih daripada 500 juta Islam Syiah di seluruh dunia" bagi mengelakkan laporan polis dibuat ke atasnya.
Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini di dalam ucapan yang disampaikannya di hadapan para hadirin yang hadir di persidangan Kongres Maruah Melayu 2019 menyifatkan Syiah sebagai "... fahaman merosakkan...".
Beliau juga menggesa pihak terbabit untuk meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan mengisytiharkan bahawa “Islam bermazhab Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah doktrin dan kepercayaan bagi Persekutuan”.
Ahli Parlimen itu turut Perkara 3(1A) dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa “Islam bermazhab Ahli Sunnah Wal-Jama’ah adalah satu-satunya cara hidup bernegara dan semua polisi, undang-undang dan amalan hendaklah berasaskan kepada fahaman Ahli Sunnah wal-Jamaáh.
Masyarakat Syiah Malaysia sehingga hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran daripada beberapa pihak khususnya pejabat agama negeri Selangor dan Johor yang menunjukkan sikap tidak bertoleransi mereka kepada penganut mazhab Syiah Imamiyah. -ABNA24
10 Oktober 2019 - 18:05
News ID: 981730
Haji Mohd Kamil Zuhairi yang turut serta di dalam Kongres Maruah Melayu 2019 membantah sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang sebelum itu berkata bahawa " ...fahaman merosakkan .." di dalam kongres yang sama.